Rabu, 13 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU


PENGENALAN HARI GURU


Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


LOGO HARI GURU


logo

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

Khamis, 7 Mei 2009

KENALI SMK GERIK


SEJARAH SEKOLAH.

Sekolah Menengah Kebangsaan Gerik ditubuhkan pada Disember 1990. Pada peringkat awal penubuhannya, ia menumpang di SK Sri Adika Raja Gerik. Bangunan SMK Gerik yang ada sekarang di bina di atas sebidang tanah berlot, seluas 29.65 ekar dan Cuma setengah kilometer sahaja daripada pekan Gerik di Jalan Kuala Kendrong.
Rasional penubuhan SMK Gerik kerana SMK Sultan Idris Shah II di Kampung Air Panas, Gerik, tidak mampu menampung bilangan pelajar yang pada masa itu mencecah 2000 orang.
Pada Disember 1990, dengan 14 orang guru, 220 orang pelajar memulakan sesi persekolahan 1991, menumpang di SK Sri Adika Raja, Gerik. Oleh kerana ia menumpang di sekolah tersebut, dua sesi persekolahan dijalankan dan kelas Kemahiran Hidup dan Amali Pendidikan slam di lakukan di kantin, pondok bacaan dan surau sekolah.
Pelajar SMK Gerik tidak dapat menikmati kemudahan asas pembelajaran dan pangajaran kerana ketiadaan Pusat Sumber Sekolah, Bengkel KH dan Makmal Sains. Walau bagaimanapun, usaha telah di buat untuk mendapatkan bantuan. Syarikat Hasma, Gerik telah menderma buku bernilai RM 5,000.00. Asia Foundation memberi bantuan sebanyak 200 judul buku akademik. Pada awal Oktober 1991, Kerajaan Negeri Perak memberi bantuan sebanyak RM 50,000.00
Pada 18 November 1991, bangunan blok A, blok B dan blok C SMK Gerik di Jalan Kuala Kendrong ini telah siap di bina, cuma menunggu bekalan elektrik dan air. JPN telah memberi bantuan Gelaran Pelancaran berjumlah RM23,000 bersama perabot dan peralatan sekolah yang di bekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pada Isnin 2 Disember 1991, bermulalah hari pertama sesi persekolahan 1992 di bangunan SMK Gerik yang baru, satu sesi persekolahan di sebelah pagi dengan seramai 364 orang murid.
SMK Gerik mempunyai sebuah asrama putera yang siap di bina pada Mei 1995 yang boleh menampung 100 orang pelajar. Asrama ini di buka secara rasmi pada 1 Jun 1998.
Disebabkan oleh bilangan pelajar yang semakin meningkat, kementerian telah meluluskan pembinaan 2 blok bangunan 4 tingkat, iaitu blok D dan blok E, 1 blok bangunan KH iaitu blok F, 1 blok asrama puteri dan sebuah padang.
Kini, SMK Gerik mempunyai bilangan pelajar seramai 1070 orang dengan bilangan guru 90 orang dan 13 orang kakitangan sokongan dengan satu sesi persekolahan. SMK Gerik juga mendapat tambahan 3 makmal sains untuk pelajar aliran sains tulen. Pada 2004, 2 buah kelas tingkatan 6 Rendah Aliran Kemanusiaan telah dibuka.
Di samping itu, sekolah ini juga mempunyai kelas Pendidikan Khas yang mula beroperasi pada 2004 dan kini terdapat 3 buah kelas dengan 5 orang tenaga pengajar.


SENARAI PENGETUA SEKOLAH

1. En Abdul Kadir bin Alwi 01. 12. 1990-31. 11. 1991
2. En Zainudin bin Saidin 02. 12. 1991-31. 11.1995
3. En Kamaludin bin Abdullah 01. 12. 1995-15. 02. 1998
4. Pn Salmah bt Ahmed 16. 02. 1998-31. 08. 1998
5. Tn Hj Samsudin bin Abdul Hamid 01. 09. 1998-12. 1. 2004
6. Tn Hj Zainal bin Shansuddin 21. 05. 2004-15. 09. 2005
7. En Kamal bin Mansor 16. 09. 2005- 30.11.2008
8. Pn. Rohaya bt. Ibrahim 25.03.2009 - Sekarang


LAMBANG LENCANA SEKOLAH.


Bunga Raya ;
Melambangkan semangat kebangsaan dan patriotisme di kalangan SMK Gerik.

Buku ;
Melambangkan sumber ilmu yang juga merukan bahan terpenting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Gelong Berantai ;
Lima gelong berantai melambangkan 5 cabaran dalam pendidikan iaitu pengurusan dan kepimpinan, kecermalangan akademik, kecermalangan sahsiah, pembangunan sukan dan kecemerlangan kokurikulum. Kelima-lima cabaran ini hendaklah di harungi secara bersama dan berkaitan di antara satu sama lain.

MOTTO SEKOLAH.

BERIMAN, BERILMU, BERUSAHA

Beriman ; Sifat semulajadi manusia percaya kepada kewujudan Tuhan dan kekuasaanNya. Oleh itu, kepercayaan kewujudan Tuhan adalah menjadi kewajipan setiap manusia.

Berilmu ; Manusia sebagai hamba Tuhan dan berfungsi sebagai pemimpin dengan tugas yang dinyatakan memerlukan penguasaan ilmu, ilmu dunia dan ilmu akhirat. Pendidikan sekolah diharapkan mencapai perseimbangan di antara kedua-duanya dan boleh berfungsi mencapai matlamat di atas.


Berusaha ; Berilmu tanpa berusaha adalah perbuatan yang tidak sempurna. Oleh itu, ilmu yang dimiliki boleh membentuk peribadi manusia menjadi baik, diperkembangkan dan dipergunakan untuk kesejahteraan manusia dan alamnya, mengikut lunas-lunas yang ditentukan oleh Tuhan. Berilmu dan berusaha merupakan satu tuntutan.


WARNA SEKOLAH

Warna Merah ; Melambangkan semangat waja, bersungguh-sungguh dan mempunyai keazaman yang kuat dalam segala hal demi memajukan diri. Tidak putus asa dan sentiasa berani menghadapi cabaran.

Warna Hijau ; Melambangkan suasana keharmonian dan ketenangan yang perludiwujudkan dalam mengharungi cabaran dalam kehidupan manusia. Disampingkan itu, manusia dituntut memelihara khazanah alam semulajadi serta manfaatkan dengan cara yang baik.

Warna Biru ; Melambangkan kasih sayang sesama insan serta kesetiaan kepada Raja, Negara, Sekolah serta Masyarakat amnya

Warna Putih ; Melambangkan konsep kesucian dan kebersihan yang menjadi asas amalan dalam kehidupan seharian.Beretika dan berdisplin menjamin kesejahteraan dan kesempurnaan dalam melaksanakan amanah.


FALSAFAH SEKOLAH

Pendidikan di SMKG adalah satu usaha yang berterusan kearah perkembangan potensi murid secara penyeluruh dan bersepadu dalam mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MATLAMAT SEKOLAH

1. Menyediakan Program Pendidikan Komrehensif Dan Seimbang.
2. Mewujudkan Masyarakat Yang Sihat Dan Adil
3. Memupuk Semangat Hidup Bermasyarakat Dan Cinta Sekolah.
4. Mengurangkan Keciciran Dan Meningkatkan Kehadiran.
5. Mempertingkatkan Bimbingan Kerjaya Dan Kaunseling.
6. Menyediakan Kemudahan Pembelajaran Yang Selesa
7. Memupuk Daya Kreatif Murid-Murid.
8. Melatih Murid-Murid Bersedia Menerima Perubahan Positif.
9. Memupuk Hubungan Kemanusiaan Dalam Dan Luar Sekolah.

VISI SEKOLAH

SMK GERIK MENJADI SEKOLAH TERBILANG DI DAERAH HULU PERAK MENJELANG TAHUN 2010



MISI SEKOLAH

Kami bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan berteraskan ilmu pengetahuan untuk melahirkan kecemerlangan dalam bidang ;

a) Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan, telus dan tulus
b) Akedamik berasaskan pengurusan pengajaran dan pembelajaran tang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang.
c) Sahsiah yang berasaskan program pembanguana insan
d) Sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan invotif
e) Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional

SLOGAN SEKOLAH

MURID BERILMU SMKG TERBILANG





PIAGAM PELANGAN

KAMI WARGA SMKG BERTEKAD, BERAZAN & BERIKRAR ;

1.Menyediakan P&P Dan Budaya Ilmu Terbaik.
2.Menentukan Proses P&P Selaras Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
3.Memberi Peluang Dan Layanan Saksama Kepada Setiap Murid
4.Menyediakan Bahan Bantu Mengajar Yang Berkesan
5.Pengurusan Yang Cekap, Pantas Dan Bijaksana.
6.Menyediakan Staf Yang Dedikasi, Iltizam, Berdisplin,Bertanggungjawab Dan Proaktif.
7.Menyediakan Kemudahan Yang Selesa Selaras Dengan Perkhidmatan Penyayang.
8.Peka Terhadap Keperluan Pelanggan, Murid, Ibubapa,Guru Masyarakat Dan Negara.
9.Meningkatkan Kegemilangan Dan Profesion Perguruan.

Rabu, 6 Mei 2009

Adat Resam

Bangsa Melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnya. Kehidupan sehari-hari sangat dipengaruhi oleh persekitaran masyarakatnya. Dan kebiasaan ini telah menjadi amalan turun-temurun zaman-berzaman yang diwarisi dari nenek moyang mereka. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, begitulah amalan-amalan tertentu ini tetap diamalkan walaupun arus kemodenan telah lama menyerapi kehidupan masyarakat Melayu di negara kita ini.
Setelah kedatangan Islam lebih 700 tahun yang lalu amalan-amalan tertentu di dalam kehidupan seharian ini telah disesuaikan dengan tuntutan dan saranan agama, mana-mana amalan yang bertentangan dengan ajaran agama Islam telah ditinggalkan serta tidak diamalkan lagi. Amalan ini juga dipanggil sebagai adat.
Pepatah melayu "Biar mati anak, jangan mati adat", merujuk kepada betapa pentingnya adat serta amalannya dalam masyarakat melayu. Terdapat banyak pepatah serta ungkapan yang merujuk kepada perlaksanaan sesuatu adat itu. Kebanyakkan adat adalah juga merupakan peraturan terhadap kehidupan sehari-harian, ia juga dipanggil ritual.